Semua orang berbual dalam bahasa yang sama? Semua orang berkongsi DNA kaum yang sama? Semua orang menganut agama yang sama? Pepatah pernah tertulis, “ … tiada definisi saintifik tentang ‘bangsa’ yang boleh direka … ”, namun kita tidak henti-henti diasak dengan persoalan apa maksudnya. Oleh kerana mengikut Bennedict Anderson, sebuah bangsa adalah sebuah ‘bayangan masyarakat’, apakah ‘Bangsa Malaysia’ adalah bayangan masyarakat; di mana kesamaan, persaudaraan dan kesetiaan hanyalah bayangan imaginasi?

Perlu diakui sebagai Muslim, penulis sangat tidak selesa dengan konsep ‘bangsa’. Ia sangat sulit untuk mendamaikan konsep ‘bangsa’ dengan Islam disebabkan kerana nasionalisme Arab-lah (“Timur Tengah untuk Arab! Halau kaum Turki!”) Muslim kehilangan Baitul Maqdis. Tambah pula, khutbah terakhir Nabi Muhammad secara spesifiknya memansuhkan ketuanan etnik. Malang sekali hal ini tidak ambil secara serius di negara semacam kita yang mendakwa Islam adalah agama Persekutuan. Terdapat segelintir yang mendesak yang tumpuan mesti diketengahkan pada bahagian ‘melayu’ berbanding mengkaji perbendaharaan tradisi budaya kebebasan dalam Islam

Benedict Anderson pernah menulis yang konsep ‘bangsa’ datang untuk memansuhkan sistem budaya yang berasas ‘komuniti beragama’ dan ‘alam dinasti’ di mana masyarakat Barat telah membebaskan diri mereka daripada terikat dengan feudalisme lalu menerima konsep “bangsa”. Memeriksa konsep ini daripada konteks setempat, telahkah nenek moyang kita bebas (atau sekurang-kurangnya cuba untuk bebaskan) diri mereka daripada belenggu feudalisme? Ia masih diperbahaskan.

Banyak buku telah dikarang perihal bagaimana, di sebalik kemerdekaan pada 1957, feudalisme masih hidup dan sihat di negara ini dan ia bukan sesuatu yang luar biasa di negara sahaja oleh kerana semua masyarakat pasca-kolonial serata dunia dilanda keaiban yang menggantikan penjajahan Barat dengan hegemoni elit kaya dan berkuasa setempat. Hegemoni elit mengambil pelbagai bentuk dan salah satunya adalah pembentukan pengetahuan di mana pengetahuan (dan maklumat) perlu dibentuk dan disebarkan untuk tujuan mengabadikan hegemoni. Hal ini kenapa sebarang konsep dan tanggapan perlu dikaji secara mendalam dan dibedah untuk menemukan tujuan sebenarnya. ‘Identiti Melayu’ sebagai tamsilannya, adalah antara salah satu konsep tersebut.

‘Bangsa Malaysia’ tidak bermakna mana-mana anggota masyarakat boleh melihat anggota masyarakat yang lain dengan kesangsian. Dakwaan pentaksub yang “kami ada di sini lebih dahulu” langsung tidak boleh menjawab ucapan yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia Sultan Idris pada sebuah persidangan dalam “Suara Keamanan, Hati Nurani dan Kewarasan” yang berkata menggunakan perkataan ‘pendatang’ untuk menggambarkan bukan bumiputera adalah “jahil dan melukakan”. Malah, apabila kita mengkali lebih jauh dan lebih mendalam terhadap pembentukan etnik negara ini, kita akan mendapati yang perkataan ‘melayu’ telah dibuat untuk mencangkumi sesetengah kumpulan etnik dari kepulauan Indonesia yang budayanya bukanlah Melayu.

Apa sahaja tanggapan kolonial dan pra-kolonial terhadap bangsa yang kita mungkin ada, kita harus berhadap dengan realiti yang sebuah negara baharu telah dijadikan pada 1957. Malah, bila sahaja sesiapa cuba membawa kembali nostalgia lalu, seseorang patut bertanya jaminan mereka yang kita boleh ke sekolah dan universiti yang bagus oleh kerana kemasukkan ke sekolah yang bagus ketika dahulu hanyalah keistimewaan untuk bangsawan Melayu dalam kes Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Lebih penting lagi, tidak pernah ada ‘kesatuan Melayu’ yang lengkap pada masa lalu. Melayu telah terpisah mengikut perkumpulan negerinya, dan ironinya sesetengah masyarakat Melayu Negeri ini menyokong penuh tuan penjajah Inggeris mereka. Bahkan, apabila ada yang cuba mengaitkan perpaduan ‘bangsa Melayu’ dengan bantahan terhadap Malayan Union, mereka perlu semak semula rekod sejarah yang menunjukan Inggeris hanya berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan UMNO, dan menyisihkan langsung suara Melayu bawahan dan Melayu berhaluan Kiri, malah ramai pemimpin Melayu Kiri telah diperjarakan oleh Inggeris ketika itu.

Penulis merasakan apa yang menjadi masalah dengan sudut pandang ‘Bangsa Malaysia’ adalah sudut pandang mangsa; yakni bagaimana Melayu telah disisihkan daripada pembangunan bila dibandingkan dengan kaum lain. Sudut pandang ini telah disanggah melalui penulisan oleh beberapa sarjana yang menyebut bahawa elit-elit Melayu juga kulprit, sebagaimana tuan penjajah Inggerisnya. Sebagai contoh, Inggeris memang pernah memaksa Melayu untuk mengusahakan sawah padi untuk manfaat ekonomi Inggeris. Walau pun begitu, apabila sesetengah Melayu ini mahu mengusahakan getah yang lebih menguntungkan, sesetengah bangsawan Melayu menolak mereka dengan menegaskan bahasa Melayu perlu kekal sebagai penanam padi supaya melindungi dan menyemadikan penanaman padi sebagai identiti budaya Melayu.

Malah, kajian Prof Syed Hussein Alttas mendapati bahawa dasar kuasa penjajah Barat yang mengawal dan memonopoli perdagangan ketika menjadikan bangsawan setempat sebagai ‘orang tengah’ telah memberi kesan yang buruk kepada keusahawanan masyarakat setempat. Di abad ini, kita masih lihat banyak kes yang kaya menyambar perbagai peluang di bawah tiket ‘bumiputera’ yang bertentangan dengan semangat Artikel 153. Ia adalah satu tragedi yang wacana sebegini telah hilang dalam ruang awam dan ia lebih tragis apabila sesetengah institusi pengajian tinggi, telah ada usaha aktif untuk menyekatnya semua.

Justeru, marilah kita mula dengan yang asas: ‘Bangsa Malaysia’ adalah cinta akan negara ini, dan ia tidak boleh dikelirukan dengan cinta (dan taksub) kepada politikus. ‘Bangsa Malaysia’ tidak patut dihadkan kepada iklan-iklan plastik yang tidak ada ruh dan menggelikan menyanjung semangat ‘muhibah’. Paling penting sekali, ‘Bangsa Malaysia’ bukan dan tidak patut dijadikan umpan politik mana-mana politik.

Pensyarah Bumi Malaysia adalah nama samaran seorang sarjana Undang-Undang, seorang pendidik, seorang yang terlalu biasa dengan penyelewengan sisterm yang telah dilacurkan oleh yang tidak kompeten. Sistem yang menekankan itulah yang memaksanya untuk menggunakan nama samaran, takut akan bahaya berulang ke atas kehidupan pengarang.