Hari ini di Malaysia, 78 peratus isi rumah memilik kereta sementara 66 peratus memilik motorsikal. Dalam keadaan itu, tidak hairan jalan raya kita sentiasa sesak, tidak kira berapa banyak lebih raya yang kita bina. Kesannya, ramai orang mula mendesak kepada penambaikkan pengangkutan awam, terutamanya sistem Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) dan seperti bukti zahir kawasan pembinaan berterusan memenuhi kota raya, pemerintah sendiri menguar-uarkan MRT sebagai penyelesaian kesesakan bandar.

Namun, adakah MRT yang mahal ini adalah langkah kehadapan masalah trafik kita?

Kita di Malaysia telah dibiasakan mindanya untuk mengaitkan pengangkutan awam dengan MRT. Mungkin ia kerana MRT selalu digambarkan di bandar-bandar dalam filem Hollywood, misalnya New York, Tokyo, London dan Hong Kong. Justeru, kebanyakan rakyat Malaysia beranggapan bahawa MRT adalah sistem pengangkutan awam yang cekap. Dan ia tidaklah sukar untuk difahami mengapa. MRT beroperasi di aliran yang tetap, mempunyai kapasiti pengangkutan yang tinggi, dan bergerak dalam kelajuan tinggi 80km per jam dan selalunya tepat masa. Bandingkan ia dengan trafik bandaran yang sesak, MRT telah menjadi kemestian sebagai pilihan pengangkutan awam di dunia.

Di Malaysia, entah mengapa, kita mempunyai pelbagai jenis sistem pengangkutan beraliran. Kita awalnya diperkenalkan dengan Komuter KTM pada pertengahan 1990-an dan LRT beberapa tahun sejurus selepas itu, kemudian datang KL Monorail, dan akhir ini MRT dan BRT. Peta transit amat mengelirukan ramai orang termasuklah rakyat Malaysia oleh kerana kumpulan pelbagai akronim mewakili jenis ‘kereta api’ melingkari ke dalamd an ke luar kota raya setiap hari.

 

MRT, LRT, BRT

Tidak perlu membicarakan kategori-ketegorinya secara terlalu spesifik, ia memadai untuk dikata di sini perbezaan MRT dan LRT adalah antaranya ialah kapasiti. Sama ada ia berada di bawah tanah atau rel bertingkat itu tidak penting.

Yang terkini menampung sekurang-kurangnya 25,000 ke 80,000 penumpang per jam, membuatkan ia hanya sesuai dan lestari jika sesebuah bandar itu mempunyai populasi sekurang-kurangnya satu juta penumpang pengulang-alik. Yang terdahulu pula hanya mengakut 3,000 ke 30,000 penumpang per jam. Dalam kes ekstrim seperti Manila, satu sistem aliran ringan membawa hampir setengah juta penumpang.

Di sebelah sisi lain, BRT mengunakan bas sebagai gerabak yang bergerak laluan yang ditentukan. Sistem BRT pertama kita akan diluncurkan di Subang pada 2015, walaupun ia adalah contoh bagaimana tidak untuk membuat BRT. Kita akan membahaskan mengapa dalam bahagian kemudian dalam rencana ini.

Tujuan utama sistem pengangkutan awam ialah untuk memastikan pergerakan, membenarkan orang untuk bergerak ke tempat kerja, sekolah, rekreasi, mendapatkan khidmat rawatan, aktiviti sosial dan sebagaiya. Justeru, di terasnya, aliran trafik mesti dicekapkan terutamanya di waktu puncak untuk membolehkan jumlah pergerakan berlaku. Bandar raya tidak mampu berfungsi dengan baik jika penduduknya sentiasa terperangkap dalam kesesakan trafik. Bandar sebegitu, kos logistik akan menjadi lebih tinggi, pencemaran udara lebih teruk dan taraf kehidupan akan berkurang secara signifikan.

Justeru, perancang bandar perlu mereka bandar berdasarkan model Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD), di mana pergerakan digalakkan melalui transit dan pengangkutan tidak bermotor.

Walau bagaimana pun, perancangan mestilah dipadankan konteks setempat. Tiada satu penyelesaian yang sesuai dengan semua bandar. Bandar yang padat dan berpopulasi tinggi seperti Hong Kong, Singapura dan Taipet dengan jayanya melaksanakan sistem MRT. Portland, Amerika Syarikat dan Melbourne, Australia mempunyai LRT yang berkesan; sementara Bogotá di Columbia dan Brisbane di Australia adalah contoh yang baik untuk perlaksanaan BRT.

Kunci ke arah sistem pengangkutan awam bukanlah skala projek tersebut tetapi sama ada ia memenuhi keperluan setempat pada masa yang sama mencakupi tiga elemen; akses, ketepatan masa dan keselamatan.

 

Adakah bandar Malaysia kita perlukan MRT?

Persoalan di hadapan kita ialah, apakah bentuknya sistem yang kita perlukan untuk memaksimakan pergerakan dalam bandar kita?

Di bandingkan dengan bandar lain di dunia di mana MRT telah berjaya dilaksanakan, penduduk Malaysia tersebar di serata kawasan penduduk yang berkepadatan rendah. Di bandar yang ada MRT yang baik, satu stesyen mungkin untuk puluhan ribu penduduk; manakala di Johor Bharu di Malaysia, sebuah stesyen MRT mungkin hanya untuk kurang 10,000 penduduk dalam lingkungan 1km.

Adakah kita betul-betul memerlukan sistem aliran ringan berkapasiti tinggi? MRT mengangkut sekurang-kurangnya 25,000 ke 80,000 penumpang satu hala per jam. Untuk memastikan sistem tersebut berfungsi secara optimal dan tidak berakhir sebagai satu lagi projek gajah putih, kita perlukan sekurang-kurang sejuta penumpang pengulang-alik sehari. Ia sememangnya satu cabaran bahkan kepada bandar raya di Malaysia seperti Lembah Klang.

Tambah lagi, Sistem Transit Aliran Berkapasiti Tinggi Hong Kong adalah satu-satunya sistem MTY di dunia yang mampu memulangkan modal dengan jualan tiket. Sistem MRT berjaya seperti Singapura dan Taipei pun perlukan pengiklan dan sumber pendapatan lain untuk mengekalkan keuntungan mereka.

MRT memakan kos berkali-kali lebih besar untuk dibina berbanding BRT. Hal ini walau bagaimana pun perlu ditanggung oleh pembayar cukai dan dalam konteks Malaysia, mungkin berakhir dengan kurang penggunaan. Kalau pun ia terbina, kelestariannya akan menjadi cabaran besar.

Akhir sekali, dalam konteks kita di mana populasi kebanyakkan berselerak serata kawasan penduduk yang berkepadatan rendah, MRT mestilah dilengkapi dengan sistem bas pengantara; cabaran ‘sebatu terakhir’ (‘last mile’). Jika penumpang perlu berjalan lebih daripada satu kilometer pergi-balik dari stesyen MRT, mereka lebih cenderung untuk memilih kenderaan peribadi sebagai ganti.

 

BRT sebagai pilihan pengangkutan awam yang murah dan efektif untuk bandar Malaysia

Untuk bandar kita, kita perlukan sistem pengangkutan awam yang boleh memasuki pinggir bandar yang berselerak, yang jimat untuk dibina dan diselenggarakan selain mudah untuk diskalakan atau yang boleh disesuaikan dan diadaptasi dengan perubahan pusat bandar kita yang sentiasa berkembang. Semua faktor ini diambil kira, MRT yang mahal mungkin bukan pilihan terbaik untuk kita.

Berbanding MRT, BRT adalah alternatif yang lebih murah kerana ia tidak memerlukan landasan tetap dan gerabak kerata api khas. Sistem tersebut secara asasnya ialah bas yang bergerak di lorong khas atas jalan yang sedia ada; kebiasaannya, kos pembinaan BRT hanya satu persepuluh kos sistem MRT. Dalam aspek ini, Subang BRT yang telah dirangka untuk bergerak atas lorong bas bertingkat telah membazirkan tujuannya sebagai jimat kos dan alternatif pengangkutan awam yang bermodal rendah.

Sebuah bas yang membawa 40 penumpang mengurangkan sekurang-kurangnya 20 kenderaan yang memenuhi jalan. Ia justifikasi keperluan lorong khas bas diambil daripada jalan sedia daripada membina lorong bas bertingkat. Permasalahanya walau bagaimanpun ialah persepsi negatif terhadap bas kerana ia dianggap sebagai tidak tepat masa dan lama masa menunggu. Hal ini akan menyebabkan keyakinan rakyat di garis pemula yang lebih jauh perihal BRT.

Kita patut meninjau sistem perintis BRT di Curitiba, Brazil atau Bogotá, Colombia jika memerlukan model rujukan. Serupa dengan bandar-bandar dunia membangun ini, semua bandar kita berubah dengan pantas. Kawasan perniagaan berpusat yang sesak hari ini mungkin bukan kawasan perniagaan berpusat dalam 20 tahun akan datang. Justeru, sistem yang luwes seperti BRT yang anjal dengan perubahan dan laluan-laluan bandar yang berkembang sepatutnnya menjadi pilihan utama kita apabila menimbang jenis pengangkutan awam yang mahu dimiliki.

Bas lebih murah daripada gerak kereta api, lorong bas khas tidak banyak memakan kos seperti landasan tetap dan laluan boleh diubah mengikut pembangunan bandar. Inilah hujah mengapa BRT pilihan yang sesuai dan terbaik.