oleh Wong Shu Qi (Pengarah Dasar DAP Johor)

Sebuah lagi projek penunu telah diumumkan awal Jun ketika debu-debu penunu Kepong masih belum masih belum diselesaikan. Ketua Pengarah PPSPPA Johor telah mengumumkan penunu pertama di Johor yang terletak di Bukit Payong, telah dibuka untuk tender. Persoalan yang mesti ditanya; adakah rakyat Johor memerlukan penunu Bukit Payung?

Pengumuman telah dibuat ketika DUN Johor masih lagi bersidang. Malangnya, pengurusan sisa tidak menjadi isu yang menarik perhatian atau perbahasan yang menarik dalam dewan.

Selepas Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) diwartakan dan dipersetujui oleh sesetengah negeri, agensi dan pemerintah pusat di Putrajaya telah mengambil alih pengurusan sisa pepejal di beberapa negeri semenanjung dan wilayah persekutuan, iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Kedah dan Perlis.

Kedua-dua pemerintah negeri Selangor dan Pulau Pinang telah memutuskan pada 2011 yang mereka tidak akan menguatkuasakan undang-undang berkenaan sementera pemerintah negeri Perak di bawah Barisan Nasional juga membuat keputusan untuk menyerahkan kuasa kepada pemerintah pusat buat masa ini.

Fakta dan statistik sisa rakyat Malaysia dan Johor

Bertan-tan sisa yang rakyat Malaysia hasilkan setiap hari selain ke mana sisa tersebut pergi adalah isu yang semua pembuat dasar perlu ambil perhatian. Hal ini kerana, kita telah menyaksikan kesan terburuk selepas penutupan Pusat Pemindahan Bukit Tagar.

Secara puratanya, setiap penduduk Malaysia menghasilkan 800gm sampah setiap hari sementara mereka yang menetap di kawasan bandar menghasilkan 1.25kg sisa sehari. Rakyat Malaysia menghasilkan 33,000 tan sisa setiap hari, sementara rakyat Johor menyumbang sebanyak 3,600 tan, lebih satu persepuluh daripada jumlah harian.

Tidak mengejutkan yang hampir separuh sisa tersebut adalah sisa makanan. Berdasarkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), sisa domestik terdiri daripada 45% sisa makanan, 24% plastik, 7% kertas, 6% besi, 3% gelas dan 15% sisa lain.

Di Johor, terdapat 14 tapak perlupusan sampah (kambus tanah) yang beroperasi untuk melupuskan 3,600 tan sisa yang dihasilkan oleh Johor setiap hari, termasuklah Tapak Perlupusan Seelong Sanitary, satu-satunya tanah isian sanitari Johor.

1,300 tan sisa daripada lima pihak berkuasa tempatan dilupuskan secara terus di Tapak Perlupusan Seelong Sanitary Landfill yang seluas 111 hektar, selepas dikutip dari rumah ke rumah.

Justeru, ia tidak sukar untuk difahami mengapa jangka umur tanah isian sanitiari dipendekkan ke 15 tahun daripada 20 tahu yang asal sejak ia memulakan operasi pada 2003. Sisa perbandaran semakin meningkat dari hari ke hari disebabkan pembangunan pantas di Johor Selatan, di samping hakikat yang tiada langsung kitar semula sebelum semua sisa sampai di tanah perlupusan tersebut.

Penswastaan lawan pengurusan sisa setempat

Johor adalah antara negeri yang terus langsung menyerahkan kuasa pengurusan sisa pepejal kepada pemerintah pusat sejurus selepas pewartaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Akta tersebut dikuatkuasa pada 2011 dan sejak itu Southern Waste Management Sdn. Bhd. telah berkuasa penuh pengurusan sisa pepejal di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Kekangan kewangan adalah satu-satunya alasan yang diberikan oleh pegawai-pengawai negeri dan pusat dalam penswastaan dan/atau pemusatan pengurusan sisa. EXCO untuk Pihak Berkuasa Tempatan Johor, Datuk Abd. Latiff Bandi mendakwa negeri tidak ada pilihan selain untuk menyokong Akta berkenaan supaya mendapat subsidi pengurusan sisa daripada pemerintah pusat. Jika tidak, kedua-dua pihak berkuasa tempatan atau pemerintah negeri tidak mampu untuk menyelesaikan dengan sempurna masalah tersebut.

Walau bagaimanapun, konsesi swasta telah mengenakan caj kepada pemerintah berdasarkan berat sisa pepejal yang telah diproses. Apakah syarikat swasta akan patuh dan sokongan dasar ‘sifar-sisa’ jika boleh, yang bermakna mereka tidak boleh lagi mengutip jumlah besar daripada pemerintah?

Seorang ADUN UMNO telah berkata dalam Sidang DUN Johor yang pengurusan sisa pepejal berpusat sebenarnya membantu masyarakat kerana kita tidak perlu membayar penilaian yang lebih mahal untuk peningkatan sisa. Apa yang beliau jelas tidak tahu adalah pemerintah pusat sebenarnya merancang untuk mempunyai caj lain yang dibayar terus kepada syarikat swasta. Akta tersebut mengizinkan pemegang konsesi untuk mengenakan caj kepada pengguna akhir, dan juga pemerintah pusat. Lebih kurang sama dengan Konsortium Indah Water.

Buat masa ini, rakyat Johor membayar kira-kira RM 140 juta kepada Southern Waste Management Sdn. Bhd dan jumlah tersebut hanya akan meningkat.

Tidak dinafikan SWM Sdn. Bhd. telah menambahbaik perkhidmatan mereka dan rakyat Johor boleh berbangga kepada negeri-negeri jiran mereka yang mereka memiliki penyedat sampah yang baharu diimport untuk menyelesaikan permasalahan bahan larut lesap.

Namun, teknologi terkini tidak menyelesaikan terus isu pengurusan sisa pepejal. Sisa perbandaran yang dihasilkan di Batu Pahat sememangnya berbeza daripada isi rumah di Muar. Kutipan dan pemisahan sisa setempat diperlukan untuk menyelesaikan masalah sisa yang meningkat.

Mampukah SWM Sdn. Bhd. atau pemerintah pusat menyediakan set dasar setempat yang sesuai dengan ciri-ciri sisa yang dihasilkan oleh zon-zon yang berlainan? Saya yakin dasar tersebut boleh dirangka dengan sempurna, namun isunya ialah sama ada pelan tersebut boleh dilaksanakan tanpa kesungguhan politik dan pemerkasaan pihak berkuasa tempatan.

Kurangkan Sisa: cara ke hadapan sebelum penunu mega dibina

Kita telah melaksanakan dasar 3R (Reduce, Recycle, Reuse) sudah lebih 20 tahun,  dan sepatutnya melaksanakan pemisahan sisa dari sumber secara menyeluruh tahun ini. Tidak mengejutkan apabila ia ditangguh lagi sekali.

Tanpa pemisahan sisa dari sumber, banyak bahan yang boleh dan patut diguna atau dikitar semula, berakhir di tapak perlupusan. ‘R’ ketiga – Reuse hanyalah kegagalan besar.

Sementara itu, pemisahan dari sumber dan pengurusan setempat sangat bergantungan, kerana ciri-ciri sisa dari tempat yang berbeza akan memberi kesan ke atas kaedah yang perlu diambil to guna atau kitar semula. Sebagai misalannya, terdapat pengutip sisa makanan di sesetengah tempat di Batu Pahat untuk mengutip sisa makanan untuk ladang-ladang selain sisa makanan dijadikan baja organik di Selangor.

Objektif akhir merangka dasar setempat adalah untuk menjadi ‘mesra persekitaran’. Sisa makan tidak sepatutnya dijadikan makanan ternak jika tidak banyak perternakan di sekeliling; lalu semestinya dikitar semula menjadi baja jika ada permintaan. Hal ini akan mengurangkan jejak CO2 yang akan dihasilkan melalui pengangkutan.

Begitu juga, keputusan untuk memilih penunu, tapak perlupusan atau kaedah lain semuanya untuk menjadi mesra persekitaran. Sekiranya membina penunu kecil di kawasan terpencil seperti Cameron Highlands adalah lebih baik daripada menghantar semua sisa dari Cameron Highlands ke tapak perlupusan lain, mengapa tidak pilihan yang pertama tadi?

Namun, kita harus ingat, tidak kira apa keputusan akhir yang akan diambil untuk merawat dan menyelesaikan sisa, ‘pengurangan’ perlu dibuat lebih awal supaya kedua-dua penunu dan tapak perlupusan tidak membakar dan mengompos apa yang boleh dirawat dan digunakan dengan cara lain.

Tambah lagi, dengan pemisahan dari sumber untuk memudahcarakan kitar dan guna semua sesetengah bahan, ia menjana dua lapis impak positif terhadap urusan sisa. Melalui prinsip ‘caj-per-tan’, pemerintah akan membayar kurang kepada penunu dan pengurusan tapak perlupusan jika lebih sedikit sisa yang perlu diproses. Ini juga datang dengan manfaat tambahan kepada masyarakat awam yang menghasilkan sisa, yang boleh menukarkan apa yang mereka kitar semula kepada keuntungan, dan guna semula mana yang perlu dan ada.

Lebih penting lagi, adakah pengurusan sisa masih menjadi bisnes tidak menguntungkan kepada kerajaan? Saya yakin tidak.


Reference

  1. 20/01/2014, “Malaysians producing more solid waste than before”, The Malay Mail Online [http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/malaysians-producing-more-solid-waste-than-before]
  2. 20/01/2014, “Malaysians producing more solid waste than before”, The Malay Mail Online [http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/malaysians-producing-more-solid-waste-than-before]