Secara tradisinya, Pertahanan bukanlah topik yang popular kepada ahli parlimen atau masyarakat awam. Alasannya timbul daripada pelbagai aspek dan ia juga sangat kompleks. Antara faktor-faktor utamanya adalah suatu hakikat bahawa tanah Malaysia ialah bukan negara yang berorientasikan ketenteraan dan Malaysia tidak berhadapan dengan ancaman keselamatan yang terdekat. Walaubagaimanapun, hal ini tidak boleh menjustifikasikan kejahilan umum terhadap perkara-perkara berkaitan pertahanan.

Saya berpandangan bahawa isu pertahanan atau lebih tepat lagi isu keselamatan, sememangnya, adalah sama penting dengan isu awam yang lain dan berhak mendapat lebih banyak perhatian, masing-masing secara kualitatifnya dan juga kuantitatifnya.

Pertama sekali, sektor pertahanan telah memakan belanja lebih RM 71.8 bilion di bawah belanjawan pembangunan antara 1966 atau 2013. Jumlah perbelanjaan yang amat besar ini bersamaan dengan perbelanjaan untuk pembangunan 18 buah KLIA2, 14 buah menara KLCC atau 12 buah Lebuhraya Utara-Selatan. Besarnya jumlah itu sendiri sudah cukup untuk disemaksemula.

Kedua, semua maklumat berkaitan pertahanan adalah diklasifikasikan sebagai rahsia sulit lalu dikecualikan daripada penelitian rapi parlimen. Sebaliknya, belanjawan Pertahanan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Jepun telah diperincikan sehingga butiran kecil apabila dibahaskan di legislatif masing-masing. Walaupun mereka merupakan pemain utama dalam pentas antarabangsa tambahan lebih berisiko tinggi mendedahkan aset ketenteraan, Belanjawan Pertahanan mereka adalah tertakluk kepada perbahasan peringkat tinggi oleh pembuat dasar selain masyarakat awam.

Dalam ‘Laporan Ketelusan Belanjawan Pertahanan’ terkini oleh Transparency International, Malaysia telah disenaraikan dalam kategori Sederhana ke Rendah. Malah, Malaysia berkongsi senarai kategori yang tidak diingini ini dengan negara-negara seperti Afghanistan, Vietnam, Rwanda, India, Thailand dan Tanzania. Lebih mengejutkan lagi, negara Afrika seperti Botswana, Ghana dan Kenya telah disenaraikan lebih tinggi daripada kita; bahkan Indonesia, Filipina, Sri Lanka dan Papua New Guinea yang merupakan jiran Asia kita berhasil untuk mencapai kedudukan ketulusan yang lebih baik.

Ketiga, bukan sahaja perbelanjaan pertahanan diklasifikasi sebagai rahsia, malah shopping list ketenteraan kita juga dikurniakan dengan rahsia tidak sihat ini. Sejujurnya, selain daripada pegawai tertinggi dalam Angkatan Tentera dan segelintir yang terpilih dalam Kementerian Pertahanan, tiada siapa yang tahu bagaimana duit pembayar cukai telah dibelanjakan dalam perolehan ketenteraan sejak dua puluh tahun lalu. Malah, langsung tidak wujud dorongan untuk pemerintah mendedahkan maklumat tersebut sama ada di Parlimen atau awam.

Keempat, apa khabar Angkatan Tentera Malaysia? Apakah tahap kesediaan pengerahan Angkatan Darat, Laut dan Udara kita? Bagaimana MH370 boleh terbang utara Semenanjung Malaysia tanpa dipintas kedudukannya oleh Tentera Udara Diraja Malaysia kita? Mengapakan keselamatan Timur Sabah masih di bawah ancaman? Semua persoalan tersebut sentiasa berlegar-legar di minda rakyat Malaysia yang penuh minat dan dahaga dengan jawapan.

Kelima, menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pertahanan pada November 2008 sehingga Januari 2009, 50.7% rakyat Malaysia tidak yakin kepada kemampuan Angkatan Tentera. Sekiranya Angkatan Tentera Malaysia tidak boleh melindungi kita, siapa lagi mampu? Hal ini pada pandangan saya adalah suatu keadaan yang lemah dan telah menyebabkan krisis keyakinan terhadap salah satu, jika bukan, institusi awam yang PALING PENTING di negara kita. Enam tahun sudah berlalu. Persoalannya ialah; apakah yang Angkatan Tentera telah lakukan untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap mereka?

Keenam, dalam pengamatan saya, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia secara sulit mengintip maklumat daripada pemimpin Pembangkang. Apa yang tampak peliknya ialah penglibatan besar Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Angkatan Tentera Malaysia dalam mengutip maklumat politik. Terdapat dua kes yang menyokong dakwaan tersebut yang telah saya nukilkan di Malaysiakini:

Pertama, pada Julai 2006, Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad telah diserang dengan penyembur lada ketika beliau tiba di Kota Bharu, Kelantan untuk menyertai sebuah seminar politik. Polis segera menahan beberapa dozen individu untuk penyiasatan, termasuklah tujuh pegawai tentera daripada Briged Ke-8. Tetapi, apa yang mereka buat di situ? Kedua, selepas BN mengalami kekalahan terbesar mereka di pilihan raya 2008, Mahathir telah membuat sidang media pada 9 Mac, di mana beliau mengutuk prestasi lemah Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Beliau juga mendakwa kedegilan Pak Lah untuk mendengar nasihat cawangan khas dan unit perisikan tentera untuk tidak melaksanakan pilihan raya, yang akhirnya telah menyumbang kepada kekalahan BN.

Bukankah angkatan tentera patut kekal tidak berpolitik?

Pada pendapat saya, hal ehwal pertahanan mempunyai ruang yang luas untuk penambahbaikan masa hadapan, sebagai contoh, usaha meminta pihak berkuasa untuk mendedahkan shopping list dan perbelanjaan mereka. Penilaian terhadap kesediaan tentera adalah keperluan utama demi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap kemampuan pertahanan angkatan tentera kita.

Sudah tentu, usaha pembahasan dasar pertahanan negara dalam ruang awam adalah sesuatu yang menarik minat, kerana ia adalah salah satu cara untuk menyentuh isu tersebut.

Apa kata anda?