Hari ini, gabungan kekayaan empat puluh – bukan 40 peratus – orang paling berpendapatan tinggi di Malaysia berjumlah 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam Malaysia. Gabungan nilai bersih sepuluh orang terkaya di Malaysia adalah US$ 54.8 bilion – kira-kira satu perenam daripada KDNK negara yang bernilai US$312.4 billion.

Ketidaksamarataan setinggi ini telah terkesan dengan kecendurungan perkauman oleh kuasa colonial pra-penjajah yang telah memisahkan kuasa ekonomi melalui etnik. Selepas kemerdekaan, pemerintah telah menggunakan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) untuk mengurangkan jurang kekayaan antara kaum. Walau bagaimana pun, dekad-dekad yang berikutnya, jurang tersebut bertambah buruk.

Pemulihan pemerintah BN yang ada untuk jurang pendapatan telah, dan akan berterusan, menggunakan dasar tindakan afirmatif yang berasaskan kaum. Perlu ditekankan, kami (penulis) tidak bermaksud buruk terhadap konsep tindakan afirmatif, namun begitu, pengalaman Malaysia adalah yang amat mengecewakan.

Di sebalik pelaburan yang besar dalam dasar-dasar ini mengikut kedua-dua istilah kewangan dan modal insan, ia tidak menjadi secekap seperti yang sepatutnya, dan dalam sesetengah hal, tidak produktif kepada masyarakat yang lebih saksama.

Saban tahun – tidak termasuk waktu kemelesetan ekonomi – telah menyaksikan peningkatan jurang pendapatan sepertimana yang diukur melalui koefisien Gini. Malah, tahun-tahun selepas 1970 telah melihatkan peningkatan jurang yang terbesar sejak Malaysia mula merekodkan statistik jurang pendapatan. Hal ini berlaku meskipun dasar tindakan afirmatif dilaksanakan.

Ahli ekonomi dan sarjana terus berhujah yang walaupun jurang pendapatan antara kaum adalah tinggi, perbezaan itu lebih tinggi dalam setiap kumpulan etnik.

Hakikatnya, ketidaksamarataan antara kaum tidak diselesaikan, dan ketidaksamarataan dalam kaum pula menjadi sebuah raksasa yang membinasakan dalam diam. Semua ini dalam keadaan 20 peratus rakyat yang teratas berpendapatan tiga kali lebih banyak berbanding 40 peratus yang di bawah secara keseluruhan.

Perubahan yang kita mahu ke atas keadaan yang tidak waras ini perlu berlaku secara beransur-ansur dan mengimbang semula secara strategik daripada dasar tindakan afirmatif sebaliknya kepada pendidikan.

 

Potongan besar dalam peruntukan

Secara kebiasaanya dan teorinya, dasar yang mempromosikan kesaksamaan perlu dikejar dengan mengorbankan pertumbuhan ekonomi. Tetapi, dasar-dasar pendidikan, apabila dilaksanakan secara inklusif, boleh menjadi pil ajaib ekonomi yang akan mencapai kedua-dua kesaksamaan dan pertumbuhan.

Apatah lagi, persaingan untuk pembangunan antara pendidikan dan ekonomi tidak perlu menjadi mainan jumlah sifar (zero-sum game).

Belanjawan Barisan Nasional 2015 telah menyaksikan potongan besar dalam peruntukan untuk pembangunan guru, turun 38 peratus daripada RM 1.54 bilion kepada RM 900 juta. Hal ini merupakan kesilapan pemotongan yang besar di sebalik bukti kukuh yakni kualiti guru merupakan satu faktor paling penting dalam memastikan pencapaian pelajar.

Ahli parlimen pembangkang untuk mengetengah hal tersebut dalam dan luar Parlimen namun walaupun ahli Parlimen memohon penjelasan, balasanya hanyalah sunyi sepi.

Peyokong BN telah didapati menggunakan alasan ‘keadaan luar biasa memerlukan cara luar biasa’, mengatakan BN patut dipuji kerana membuat keputusan yang sukar untuk mengemudi ke arah zaman yang sukar. Sebahagian malah telah mengambil pendirian menyerang dengan bertanya daripada mana lagi pemerintah mahu cari duit untuk menyelesaikan defisit yang tidak sudah-sudah.

Mungkin kehilangan RM174.28 bilion sebagai rasuah dari 2001 ke 2010 di Malaysia boleh menerangkan ‘disiplin fiskal’ yang luar biasa ini. Kesannya, pemerintah BN telah gagal untuk bertindak secukupnya ke atas tahap pendidikan yang merosot, seperti yang ditunjukkan dalam keputusan ujian Pisa yang mendatar dan prestasi Times yang menurun.

Penuruan kualiti ini membawa kepada banyak masalah berkaitan jurang pendapatan dan taraf hidup, keduanya akan dibahaskan di sini.

 

Bahaya Tuisyen Swasta

Pertamanya, ia meningkat kos sebenar pendidikan. Kualiti pengajaran yang lemah telah menyebabkan ramai ibu bapa yang beranggapan anak-anak mereka tidak mendapatkan apa yang sepatutnya mereka dapat untuk berjaya di masa hadapan. Hal ini telah meningkatkan permintaan untuk pengajar peribadi. Bahkan, pada 1990, 83 peratus pelajar Malaysia pernah menerima pengajar peribadi menjelang persekolahan menengah atas.

Hal ini bermakna walaupun pemerintah telah menghampiri akses pendidikan sejagat, pencapaian ke atas pendidikan yang baik hanya terhad kepada yang berada. Pendidikan dalam bentuknya sekarang menjadi alat kepada ketidaksamarataan, dan akhirnya, lingkaran ganas yang berulang.

Hal ini kerana golongan berada yang membelanjakan lebih dalam pendidikan akan menjadi lebih mahir dan berpendapatan lebih tinggi. Sebalinya, yang miskin dan tidak mahir akan kekal tidak mahir, membekukan mereka dalam taraf pendapatan rendah.

Tambah lagi, industri pengajaran peribadi yang besar juga bermakna kewujudan sistem pendidikan yang tidak dipantau dan dikawal pemerintah – satu hakikatnya yang sepatutnya menakutkan kebanyakan orang. Ini bermakna, kaedah pengajaran mungkin membesarkan lagi aspek terburuk sistem pendidikan kita, misalnya terlalu menekankan peperiksaan.

Permasalahan kedua yang berakar daripada guru tidak terlatih ialah mereka tidak dapat mencukil penuh potensi pelajar. Tanpa pemahaman yang terperinci terhadap kandungan silibus, kesedaran psikologi kanak-kanak dan kepelbagaian kaedah pengajaran, kreativiti akan cenderung untuk dicantas demi pematuhan buta tuli kepada status quo.

Kepentingan modal insan yang bertenaga tidak dapat diperkecilkan lagi. Bank Dunia telah menyediakan data yang tahap pendidikan berhubungkait langsung dengan taraf pendapatan, yakni satu perdua daripada 33 peratus yang berpendapatan lebih purata kebangsaan RM 5,900 mempunyai sekurang-kurangnya pendidikan pasca-menengah dan tertiari. Fakta ini berbanding 51 peratus rakyat yang berpendapatan antara RM 2,120 ke RM 5,900 yang hanya 19 peratus daripada kumpulan ini yang mempunyai pendidikan tinggi.

 

Lawak yang Mengaibkan

Sumber manusia tak ketara diperlukan jika Malaysia mahu mencapai wawasannya daripada ekonomi berasaskan eksport, berpandukan pelaburan kepada ekonomi yang dipandukan oleh inovasi, atau ekonomi-pengetahuan (‘k-ekonomi’).

Perubahan ini juga perlu sekiranya Malaysia mahu mengekalkan pertubuhan ekonomi yang kuat, sebagai pelapor kepada pendapatan yang lebih tinggi dan taraf kehidupan yang lebih baik.

Peruntukan latihan pembanguna guru patut ditingkatkan dengan banyak dan semakan semula perlu dibuat sesegara mungkin. Perhatian jelas mesti diambil untuk mengagihkan sumber ini dengan saksama, kerana ketidaksamarataan pendidikan hari ini membawa kepada jurang pendapatan masa hadapan.

Rakyat Malaysia pernah ketawa dengan penuh rasa aib dan pedih apabila didedahkan satu pertiga guru Bahasa Inggeris telah diklasifikasikan sebagai ‘tidak layak’ untuk mengajarnya di sekolah. Telah didapati juga bahawa 70 peratus daripada 60,000 guru Bahasa Inggeris yang menduduki Ujian Penempatan Bahasa Inggeris Cambridge (ELCPT), berprestasi lemah.

Solidariti, bukannya celaan yang patut diberi kepada guru-guru ini kerana dasar pendidikan pemerintah BN-lah yang telah menyebabkan keadaan ini berlaku, dan dengan potongan yang disebutkan tadi, keadaan akan menjadi lebih buruk.

Jurang pendapatan telah menguasai wacana di Malaysia sejak beberapa tahun. Ia akan memangkin kekacauan sosial. Apa yang menakutkan ialah sebahagian  hujah-hujah yang dibangkitkan boleh meyakinkan mereka yang terdedah kepada mesej perkauman secara harian walau betapa mengarutnya mesej perkauman tersebut. Jika kita tidak bangkit membatasi pemikiran cetek tersebut, jurang pendapatan akan terus menjerut Malaysia.

Berkenaan perlaksanaan dasar tersebut, ia akan hanya berubah jika wacana awam menjadi lebih matang. Harapannya, rencana ini akan bertindak sebagai salah satu pencetus perubahan tersebut. Kami sebagai penggubal undang-undang, akan terus menyediakan alternatif dan tekanan tambahan daripada kerusi pembangkang.

Jalan ke hadapan mungkin panjang dan sukar kerana ketidaksamarataan dan sistem pendidikan perlu dipulih daripada penganiyaan yang berdekad-dekad. Namun, saya mempunyai harapan yang tinggi keadaan boleh diubah. Masa sudah berubah; dan rakyat Malaysia juga sememangnya sudah berubah