Kita ada sebuah nusa yang obses dengan label, diskrimasi syak wasangka dan otot memori sosiopolitik yang menghalang kemajuan kita sebagai sebuah masyarakat. Tidak kiralah apa yang kita semua mahu beritahu kepada diri sendiri fasal betapa progresifnya masyarakat Malaysia membesar hari ini, masih banyak sikap demogog (batu api) dalam massa. Sudah tentu, perlu dinyatakan di sini, ia bukanlah salah masyarakat Malaysia yang menjadi punca keadaan kasar ini; tetapi pemilik kuasa politiklah yang perlu menjawabnya.

Berikut adalah antara tamsilan label-label berkenaan. Penyunting ingin menegaskan semua tulisan italik hanyalah simile, metafora dan anologi pandangan-pandangan  yang masyhur dalam negara kita, dan bukannya tuduhan umum kepada semua rakyat Malaysia.

CUKAI ITU BURUK

Meskipun hakikatnya kebanyakan masyarakat tahu bahasa percukaian adalah apa yang menampung pemerintahan berinstitusi sebagai yang kita tahu, wacana awam masih bernada ‘Semua cukai dalah buruk’, dan perlaksanaan cukai adalah kerja-kerja jahat. Pemikiran  ini bukan sahaja berleluasa dalam kalangan masyarakat awam, bahkan dalam sesetengah kes, walaupun tidak mengejutkan, turut dalam kalangan ahli politik dan pembuat dasar.

Hal ini adalah hasil pemerintahan yang dipandukan oleh agenda neoliberal dan konservatif yang secara relatifnya tidak dicabar sebelum ini; yang mana hari ini sangat diperlukan untuk diubah.

Pengangkutan Awam Hanyalah Kesan Kepada Pembangunan dan Kemajuan

Di sebalik ketidakselesaan dan dan keadaannya yang lemah di negara kita, pengangkutan awam masih lagi dianggap sebagai kebiasaan pengangkutan untuk si miskin. Pemilikan kenderaan peribadi sebagai simbol status kekayaan masih lagi menjadi sebahagian kesedaran masyarakat. Ramai pembuat dasar dan perancang bandar atasan masih dalam anggapan bahasa pengangkutan awam boleh disisihkan kerana pada minda mereka, hak memiliki kenderaan lebih penting daripada kebebasan kendiri.

Bagi mereka yang berfikir sedemikian, laksana sisa tubuh manusia seperti apendiks dan koksiks (tulang kongkeng), pengangkutan awam adalah keburukan yang diperlukan, bukannya perlaburan yang susut nilai. Suatu hari, bagi mereka, semua orang akan dan mahu memiliki kenderaan.

Sekali lagi, ini adalah otot memori sosial yang telah ditatu dalam jiwa masyarakat Malaysia, kesan belenggu budaya konsumerisme dan pemerintahan yang dipandu oleh kepentingan komersil sejak tiga dekad atau lebih.

Hanya Orang Miskin sahaja perumahan; selebihnya Harta Tanah.

Batu bata dan mortar yang kita gelar sebagai rumah, adalah sebuah perlaburan kewangan. Pemilikan ‘harta tanah’, dan penghargaan nilainya adalah hak yang tidak dapat dipisahkan; apa sahaja yang mencerobohi nilai hartanah seseorang adalah seperti melanggar hak asasi seseorang.

Spekulasi kenaikan nilai hartanah dialu-alukan sebesar-besar hati; namun kubur, jalan raya, loji pembuangan najis atau apa sahaja yang mengancam nilai hartanah akan dihalang habis-habisan. Rumah perlindungan, pembangunan keluarga, tempat kediaman hanyalah saki baki perlaburan yang dinyatakan tadi; dipandang enteng berbanding nilai hartanah berpotensi untuk dijana sebagai pulangan perlaburan.

Anggapa sebegini adalah hasil daripada pendekatan kapitalis yang tidak dicabar dan pemahaman tentang perumahan dan indoktrinasi bertahun-tahun yang menganggap inilah satu-satunya jalan yang paling kanan (baca: betul) dan tepat. Sememangnya ia kanan; berhaluan kanan.

Media hanyalah alat maklumat SEMATA-MATA

Media hanya alat untuk menyampaikan maklumat, dan kegunaannya untuk mencetus dan membangkitan pandangan dan pan pemikiran yang luar kelaziman hanyalah menjejaskan penyampaian mesej dan mengundang haru biru, ketidakstabilan dan kekeliruan. Kawalan adalah satu-satunya cara menjalankan kuasa, walaupun ia bermakna pemikiran akan dikawal. Sekiranya si fulan tidak dapat mengawal pemikiran, si fulan sekurang-kurangnya boleh mengawal akses kepada bahan-bahan yang memprovokasi pemikiran.

Hal ini adalah manifestasi kepada perasan ketidakyakinan diri kita sendiri sebagai masyarakat, berpunca daripada kelangsungan ‘hegemoni pemikiran’ yang dikenakan oleh rejim pemerintah, yang kepentingannya secara langsung bertentangan dengan pemandaian masyarakat. Semakin kurang pandai masyarakat, semakin kurang cabaran yang ia akan hadapi, justeru semakin bebas elit pemerintah boleh lakukan sesuka hati mereka ke atas harta Negara.

Menyeru Perbahasan

Tulisan ini berhasrat untuk mencabar keabsahan bahkan kewarasan sebahagian label-label berkenaan yang kita, sebagai Negara telah dibesarkan untuk menerimanya sebagai kebenaran suci. Kami tidak percaya kewujudan apa yang dikatakan sebagai Hasutan; tetapi memang hasratnya untuk mencetus perbahasan dalam wacana-wacana ini yang tidak dilawan, atau jarang dicabar di mana-mana peringkat.