Dalam pertandingan idea, pembangkang memainkan peranan penting dengan menentukan agenda apa untuk ‘dicuri’ pemerintah. Namun kita tidak boleh berhenti setakat itu sahaja. Kita mestilah mendesak lebih kuat dan secara berterusan datang dengan idea baharu dan lebih baik, dipandu oleh rangka umum falsafah yang kita perjuangkan.

Sejak Julai 2005, apabila Ketua Pemuda UMNO Hishammuddin Hussein mula mengacukan keris yang simbolik dengan perubahan UMNO kepada idea berhaluan kanan, pembangkang secara umumnya telah mendapat manfaat daripada bulan madu yang sangat panjang dengan pengundi bukan Melayu. Penurunan mendadak sokongan etnik Cina di pilihan raya kecil Teluk Intan adalah mungkin pengakhiran keghairahan anti-UMNO yang telah berlangsung selama sembilan tahun.

Platform “kami bukan UMNO” hanya boleh membawa kita sejauh mana sangat. Apabila keghairahan anti-UMNO menurun, pihak pembangkang perlu menang dengan membawakan idea yang lebih baik di peringkat pusat dan memerintah dengan idea yang lebih baik di peringkat negeri.

Ramai dalam kalangan rakan pembangkang yang berpandangan yang kita tidak sepatutnya mengajar Barisan Nasional untuk menjadi lebih cerdik. Justeru, pada mereka, tiada ada keperluan untuk menguasahakan sebarang idea dasar. Saya memohon untuk tidak bersetuju.

Pembangkang di Malaysia secara gambarannya tidak berpeluang untuk terlibat dalam pembentukan dasar – tidak bermakna wakil BN juga berpeluang. Sebelum ini, penjawat awam kananlah yang memainkan peranan besar dalam merangka dasar.

Pemerintah juga semakin galak menyerahkan tanggungjawabnya untuk berfikir kepada sektor swasta. Pembekal, kontraktor dan pelobi-lah yang lazimnya memberitahu pemerintah apa yang mereka mahu buat. ‘Pemainan’ Pertahanan dibeli oleh pemerintah, bertentangan dengan nasib Angkatan Tentera. Bandar dibina atas nasihat pembangunan. Lebuh raya dibina kerana pemilik konsesi kata kita perlukannya. Laluan MRT dan terowong saluran air dibina hanya kerana kroni-besar baru memiliki mesin terowong dan keupayaan teknikal selepas membina terowong besar pencegahan banjir yang malah tidak mencegah banjir pun.

Kadangkala, pemerintah serahkan pula kepada NGO untuk berfikir, yang sepatutnya menjadi hati nurani kepada masyarakat namun mungkin hanya memperjuangkan satu inisiatif sahaja, justeru menyisihkan kemaslahatan umum masyarakat.

Tugas pertama pihak pembangkang ialah untuk mengambung semula ruang dasar awam daripada pengaut untung selain Barisan Nasional.

Sebanyak mana kita perlu melawan UMNO dan kumpulan ekstrimis mereka seperti ISMA dan Perkasa dalam dasar identiti (kaum, agama dan kerajaan), kita juga perlu mengemudi wacana awam kepada persoalan perdemokrasian (fikirkan kempen BERSIH) dan keadilan ekonomi (fikirkan agenda pencegahan rasuah dan kempen anti-GST).

Dalam ruang-ruang tersebutlah Pakatan Harapan bertemu titik persamaan. Dan dalam ruang itu jugalah kita dapat memperbaiki rakyat Malaysia.

Dan, mungkin dalam ruang yang sama juga Barisan Nasional boleh meniru dasar kita di sisi luaran, namun tidak sesekali roh di sebaliknya.

Ambil BR1M sebagai misalnya. Pada 2011, Jawatankuasa Dasar Pakatan telah bertemu setiap minggu antara Julai dan September untuk merangka belanjawan alternatif. Itu selepas usaha keras yang telah diletakkan untuk merangka Dasar Bersama Pakatan pada Disember 2009.

Kami umumkan pada Julai 2011 yang Belanjawan Pakatan akan menumpukan taraf hidup 60 peratus rakyat Malaysia terbawah. Kami tekankan peri pentingnya memansuhkan monopoli dan rasuah, dan aktiviti pengaut keuntungan yang akan menambah beban hidup 60 peratus rakyat terbawah dan memakan pendapatan boleh-guna mereka.

Kami juga berhujah yang pemerintah mesti menyediakan khidmat kesihatan, pengangkutan dan perumahan awam yang lebih baik untuk mengurangkan kebergantungan kepada penyedia swasta dalam bidang ini, supaya mengurangkan beban ke atas pendapatan boleh-guna 60 peratus rakyat terbawah.

Kami juga berhujah yang menetapkan gaji minima, mengurangkan kedatangan pekerja asing yang tidak mahir dan insentif besar untuk membantu PKS menaiktaraf teknologi adalah cara ke hadapan untuk membina pusingan ekonomi yang berjaya menghasilkan perkerjaan yang berpendapatan mencukupi, berasaskan kemahiran dan produktiviti tinggi.

Sejurus selepas pengumuman kami, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin berkata BN akan memadankan dengan Pakatan Rakyat dalam memperbaiki taraf hidup 60 peratus rakyat terbawah. Seorang rakan dalam pemerintah kemudiannya memberitahu saya bahawa pasukannya telah ditugaskan untuk datangkan idea tanpa mengubah rangka ekonomi yang dikerumuni kroni. Hasilnya ialah BR1M.

Kita boleh mengambil kredit kerana memaksa BN untuk fokus kepada 60 peratus rakyat terbawah tetapi kita harus terus mencari pelbagai idea dasar yang akan secara jujurnya mengubah kehidupan 60 peratus rakyat terbawah ke arah yang lebih baik bukan hanya dengan serahan tunai yang seolah-olah morfin untuk jangka pendek.

Dalam kes royalti 20 peratus untuk negeri penghasil minyak juga sama. Pembangkang memperjuangkan tujuan itu dan akhirnya ia adalah apa yang semua orang bualkan. Suatu hari, seseorang dalam pemerintah mahu menjadi relevan dan popular kepada rakyat akan katakan, “Ayuh laksanakan”, atau sekurang-kurangnya hanya menanam tebu di tepi bibir. Tidak lama lagi, saya boleh menjangkakan, untuk tidak tertewas oleh Ketua Menteri baharu Sarawak, Adenan Satem, pemerintah BN Sabah berkemungkinan besar akan memperjuangkan agenda memansurkan dasar kabotaj tersebut.

Justeru, kami pembangkang mesti tidak terhenti setakat isu-isu generasi pertama. Kita dasar generasi kedua menyelidiki secara mendalam asas-asas sebenar ekonomi, daripada sekadar bahagian luarannya sahaja. Kita perlukan lebih banyak idea-idea dasar dan tidak kurang daripada itu.

Hal ini menunjukkan ketika menduduki kerusi pembangkang, ada sahaja cara untuk meletakkan palang untuk pemerintah melompat dan kita mesti melakukan sedemikian secara berterusan dengan harapan untuk menambahbaik kehidupan seharian rakyat Malaysia, meskipun tidak berada dalam pemerintahan.

Dan, menentukan agenda juga penting. Sekiranya kita gagal menentukan agenda kita dan biarkan ia menguasai wacana awam, UMNO dan pentaksubnya dalam NGO dan alat propaganda tajaan pemerintah seperti BTN akan membuatkan perkauman, agama dan raja sebagai isu besar tatkala kroni merompak negara tanpa sesiapa pun melihat.

Pada kesudahannya, kita mahu menembak di pusat kapitalisme-kroni UMNO-BN untuk menunjukkan semua rakyat Malaysia yang trajektori pembangunan yang berbeza itu tidak mustahil. Kita boleh pecahkan sistem kroni jika kita tembah dalam-dalam terasnya.

Terdapat pembangunan alternatif yang benar-benar berfungsi, dan kami mewakili alternatif tersebut yang dapat membawa negara yang saksama kepada semua rakyat Malaysia tetapi lebih dinamik ekonominya dan pada masa yang sama, lestari untuk jangka masa panjang.

_______________________________________________________________________

LIEW CHIN TONG adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP dan ahli Parlimen Kluang. Beliau berazam untuk memastikan rakyat Malaysia lebih berfikir.