oleh Wan Hamidi Hamid

Parti Tindakan Demokratik telah mengambil ideologi sosialisme demokratik sejak penubuhannya setengah abad yang lalu. Malah, ideologi yang dipilih adalah hasil zamannya apabila seluruh dunia terperangkap dalam Perang Dingin – tekanan global dari 1945 hingga 1989. Ia adalah masa di masa dunia dibahagi antara komunisme dan kapitalisme.

Justeru pilihan sosialisme demokratik oleh DAP adalah untuk menekankan hakikatnya yang ia parti sosialis tetapi bukan komunis; walaupun ia menerima ekonomi pasaran, ia menentang kapitalisme tidak terkawal.

Tidak hairanlah 40 tahun kemudian, ideologi DAP berkembang menjadi demokrasi sosial; yang secara asasnya meletakkan kebebasan, keadilan sosial, peluang saksama dan solidariti sebagai terus utamanya – mungkin untuk menyesuaikan keperluan abad ke-21.

Namun itu tidak bermaksud semua ahli DAP adalah demokrat sosial. Masih terdapat ramai sosialis dalam parti walaupun ada ramai demokrat liberal juga. Dan ada juga dalam DAP yang masih memikirkan ideologi bukanlah sesuatu yang boleh dianggap penting.

Tidak kira apapun kepercayaan ahli secara individu tersebut, ia tahu yang apabila anda bersama DAP, anda sentiasa sebahagian dengan pergerakan demokrasi sosial – satu fenomena global. Sejak permulaan dan perkembangan demokrais sosial di akhir abad ke-19, ia telah diterima di banyak bahagian dunia.

Malah, demokrasi sosial kelihatannya pilihan kebanyakan pemerintah – sama ada dipimpin oleh parti berhaluan tengah atau kiri. Alasannya mudah; tidak kiralah sesebuah parti itu di kiri atau tengah (tidak semestinya di kanan, kerana sesetengah parti bersayap kanan adalah berjiwa fasis), ia perlu memujuk banyak kumpulan masyarakat dalam sesuatu negeri atau negara.

Justeru, demokrasi sosial menawarkan jalan tengah – tidak terlalu kiri dan tidak juga terlalu kanan – dan secara ekonominya ia bermaksud untuk menerima sistem pasaran tetapi menyediakan hak untuk pemerintah campur tangan untuk memastikan pasaran tidak mendiskriminasi pekerja dan membuli pengguna.

Demokrasi sosial melalui amalan

Di Pulau Pinang, di mana DAP adalah parti utamanya dengan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri, pemerintah negeri Pakatan yang dipimpin oleh DAP telah berjaya mengimbangi dirinya untuk memastikan kedua-kedua sektor perniagaan dan masyarakat awam dalam situasi menang-menang.

Di Selangor, di mana DAP adalah rakan utama pemerintah negeri pimpinan PKR, para wakil rakyatnya telah memainkan peranan membantu Menteri Besar melaksanakan pemerintahan negeri berkebajikan yang mesra sektor perniagaan.

Walau bagaimanapun, terlalu mujuk sektor bisnes boleh jadi berbahaya, kerana kapitalis ada kecenderungan untuk memohon pertolongan daripada pemerintah – selalunya dalam bentuk “awak tolong saya, saya tolong awak”, sementara masyarakat umumnya mempunyai akses yang terhad kepada pemimpin mana-mana negeri atau negara.

Justeru, parti yang berdemokratik sosial atau pemerintah yang berdemokratik sosial harus lebih mementingkan rakyat – justeru perkataan ‘sosial’ yang merujuk kepada kemaslahatan rakyat. Dengan cara ini, keperluan masyarakat sentiasa akan diutamakan daripada kepentingan kapitalist.

Dalam usaha menjinakkan kapitalisme untuk memastikan masyarakat boleh menikmati manfaat program-program pemerintah, DAP mesti memainkan peranan sebagai sebahagian daripada pergerakan demokratik sosial serantau dan sedua, untuk berkongsi pengalaman pemerintahan daripada parti rakan di seluruh dunia. Hal ini membolehkan DAP dan pendokong demokrasi sosial di Malaysia mengelak daripada mengulang kesilapan dan kesalahan yang sama daripada rakat sejawat mereka di wilayah lain.

Sudah tentu, demokrasi sosial bukan penyelesaian yang sempurna atau ideologi yang lengkap dan menyeluruh. Ia hanya sesuati yang berkhidmat sebagai cahaya penerang kepada kebanyakkan kita yang percaya bahasa semua manusia adalah sama; ia satu bentuk pembentukan solidariti.

Dan it ia dak mempromosikan idea yang sesetengah orang lebih saksama berbanding yan lain hanya kerana warna kulit atau agama mereka.

Perkauman dan fanatik agama

Ada segolongan rasis di negara ini yang percaya bahawa kaum mereka adalah tuan tanah air. Ada segolongan rasis fikir yang mereka berhak untuk memijik kepercayaan dan agama orang lain. Namun, sekumpulan rasis ini bukanlah majoriti dalam komuniti kaum mereka, justeru tidak punya hak atau keabsahan yang mereka mewakili mana-mana kaum tertentu.

Di sebalik hakikat tersebut, ‘segolongan lain’ yang disasarkan oleh rasis-rasis tersebut mula membina prasangka buruk yang semua anggota komuniti yang kumpulan minoriti rasis itu datang dari asalnya juga rasis. Ini adalah pandangan yang salah dan jelek. Dua kesalahan tidak menghasilkan kebenaran.

Kita telah melihat di Malaysia bagaimana agama telah diguna dan disalahguna berkali-kali. Namun, apabila rakyat Malaysia alternatif bukan agama seperti sekularisme, orang yang beragama selalunya kecewa dengan idea tersebut. Segelintir, malah menuduh sekularisme sebagai anti-agama. Ini juga adalah pandangan yang salah dan jelek.

Menjadi sekular secara mudahnya bermaksud pengasingan negeri dan agama, yakni negeri tidak boleh menggunakan agama sebagai senjatanya dan kelas/kumpulan agama tidak boleh menggunakan kuasa negara sebagai senjatanya. Ia juga memastikan semua agama dan kepercayaan dilayan dengan samarata; dan itulah kesaksamaan dan keadilan, berdasarkan semua kepercayaan agama.

Sarjana Muslim Eropah dalam bukunya “What I Believe” menerangkan bahawa tradisi sekular menyediakan ruang neutral di mana masyarakat dizinkan untuk membincangkan apa sahaja termasuklah isu-isu agama. Ini bermakna, menjadi sekular ialah menjadi saksama kepada semua agama, selain kepada masyarakat yang memilih untuk tidak mempercayai agama. Ia bukanlah menyerang atau menghancurkan apa-apa agama.

Oleh itu, demokrasi sosial boleh menyediakan alternatif kepada masalah kesalahfahaman dan penyebar ketakutan agama yang kita hadapi hari ini. Bagaimana? Disebabkan nilai utama demokrasi sosial – kebebasan, keadilan sosial dan solidariti – adalah komponen utama yang boleh memastikan kesaksamaan, keadilan dan kesamarataan untuk semua.

Sudah tentu ia bukanlah penyelesaian ajaib, tetapi ia boleh menjadi langkang pertama ke arah mengakui cara sekular menangani masyarakat rapuh kita melalui demokrasi sosial mungkin adalah alternatif yang lebih baik daripada menyerahkan diri kita kepada kekangan pelampau agama dan rasis.

Mengapa UMNO takut demokrasi sosial

Pemimpin UMNO ada satu kebimbangan: mereka sangat takut yang satu hari yang Melayu mungkin menerima idea praktikal kebebasan, demokrasi, keadilan sosial, peluang samarata dan kefahaman antara agama. Saya memanggil nilai-nilai ini demokrasi sosial. Tetapi anda boleh gelarnya apa sahaja yang anda suka selagi kita boleh bersetuju yang ia adalah nilai-nilai yang baik.

Pemimpin UMNO takut apabila Melayu menerima nilai-nilai tersebut, mereka (UMNO, MCA, MIC) akan menjadi tidak relevan kerana menjelang waktu itu tiada siapa mahu politik kaum lagi; kerana rakyat Malaysia akan sedar hal-hal penting dalam hidup adalah ekonomi, keselamatan, rumah yang elok untuk keluarga, keselamatan pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak kita.

Pemerintah Barisan Nasional tidak lagi berminat untuk menyediakan yang terbaik untuk rakyat – melainkan ‘rakyat’ berkenaan adalah anggota keluarga, kawan dan kroni mereka. Justeru, pemimpin UMNO sangat takut yang satu hari Melayu boleh menerima ideal yang baik tersebut – ideal demokrasi sosial, ideologi DAP.

Demokrasi sosial boleh menghancurkan politik kaum UMNO, ia boleh menjinakkan ketaksuban agama dan ia boleh membawa solidariti antara kemajmukan kumpulan etnik dan agama Malaysia. Ia boleh membawa natijah buruk kepada UMNO-BN.

Dan sebab itu mengapa pemimpin UMNO-BN akan terus mencerca DAP, untuk menyebarkan penipulan dan khabar fitnah, kerana mereka mahu Melayu bencikan idea yang boleh membawa perubahan melalui setiakawan tulen dalam kalangan kita.

Dan sebab itu mengapa kita mesti tidak pernah menyerah kalah dalam perjuangan menentang perkauman UMNO-BN. Kita mesti berkongsi dengan teman-teman rakyat Malaysia kita, termasuklah Melayu, bahawa nilai-nilai baik dan sejati keadilan sosial, peluang samarata dan hak manusia.